Dungun: Pelajar dari Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTm Cawangan Terengganu dengan kerjasama Hospital Sultanah Nur Zahirah,Kuala Terengganu menganjurkan program derma darah bagi membantu meningkatkan bekalan simpanan darah dalam Tabung Darah HSNZ.
Ketua Projek Program Vein to Vein Blood Donation berkata, program derma darah sebenarnya amat penting terutama bagi menggalakkan masyarakat yang mempunyai kesihatan dan tahap darah yang sempurna untuk menderma.
Beberapa pihak yang turut serta dalam program tersebut adalah pihak UniKlinik cawangan Dungun diketuai oleh Cik Fatin Kamilah Binti Sulaiman , wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Dungun oleh Puan Rosliza Binti Ismail dan Hospital Sultanah Nur Zahira selaku wakil utama program diketuai oleh Dr Mohamad Firdaus Bin Mohd Shafie.
Sepanjang program tersebut sebanyak 115 bag darah berjaya dikumpul dan jumlah pengunjung seramai 300 orang yang datang singgah sepanjang program berlangsung.
Pihak Ar Rayyan sangat berterima kasih kepada pihak UiTM Dungun kerana sudi menjemput pihak Ar rayyan Optometry sebagai wakil bagi pemeriksaan mata di program tersebut . Sambutan dari pelajar dan staf UiTM Dungun sangat luar biasa .

















